Image Banner

PROGRAM PERANTIS MATAQU, PEMACU GENERASI AL-QURAN MASA HADAPAN

MATAQU TELAH MELANCARKAN DUA PROGRAM PERANTIS KHUSUS UNTUK PELAJAR-PELAJARNYA YANG BERKELAYAKAN. PROGRAM PERANTIS INI JUGA BERKEMUNGKINAN MERUPAKAN SATU-SATUNYA PROGRAM YANG PERNAH DIWUJUDKAN OLEH SESEBUAH INSTITUSI TAHFIZ ATAU SEKOLAH ALIRAN BIASA SAMAADA PERSENDIRIAN ATAU KERAJAAN.

PROGRAM PERANTIS TERSEBUT MERANGKUMI DUA BIDANG UTAMA IAITU :

1. PERANTIS GURU TAHFIZ PROFESSIONAL
2. PERANTIS PEMBANTU PENTADBIRAN

PROGRAM PERANTIS MATAQU INI BERBEZA DENGAN KONSEP KHIDMAT ATAU LATIHAN MENGAJAR YANG SUDAH MENJADI FENOMENA BIASA DIPRAKTIKKAN DI MADRASAH ATAU SEKOLAH PONDOK. HAL INI KERANA MENERUSI PROGRAM PERANTIS MATAQU INI, PERANTIS IALAH KAKITANGAN TETAP YANG DIBAYAR GAJI DAN DIBERIKAN INSENTIF-INSENTIF YANG SAMA SEPERTI GRADUAN LULUSAN DIPLOMA / IJAZAH YANG SETARA DARI KOLEJ ATAU INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI (IPT).

TAMBAHAN PULA, UNTUK MEMANTAPKAN LAGI LATIHAN MENGAJAR SAMBIL BEKERJA, PERANTIS BERPELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN SECARA SAMBILAN PADA PERINGKAT DIPLOMA DI INSTITUSI PENGAJIAN TERPILIH YANG AKAN DITAJA OLEH PIHAK MAAHAD / YAYASANQU SETELAH MEMENUHI SYARAT-SYARAT YANG DITETAPKAN.

KETIKA DITANYA APAKAH OBJEKTIF DIWUJUDKAN PROGRAM PERANTIS INI, TUAN HAJI ALAUDDIN BIN ISHAK SELAKU PENGERUSI MATAQU DAN YAYASANQU MEMBERITAHU BAHAWA OBJEKTIF UTAMA ADALAH UNTUK MEMASTIKAN PARA HUFFAZ YANG DILAHIRKAN OLEH MAAHAD AKAN SENTIASA MENJAGA HAFAZAN AL-QURAN MEREKA SEPANJANG HAYAT. HAL INI DEMIKIAN KERANA, ULANGAN DAN KELANCARAN HAFAZAN AKAN MENJADI SATU SYARAT WAJIB UNTUK PENILAIAN PRESTASI KERJA PARA PERANTIS DAN GURU-GURU HUFFAZ MATAQU.

PARA PERANTIS JUGA BAKAL DIBERIKAN PELBAGAI LATIHAN KEMAHIRAN UNTUK PERSEDIAAN AWAL MENJADI GOLONGAN DAIE DAN TENAGA KERJA PROFESIONAL PADA MASA HADAPAN. TUAN HAJI ALAUDDIN MENAMBAH BAHAWA DENGAN KEADAAN EKONOMI DUNIA YANG HAMBAR TERUTAMANYA AKIBAT COVID-19 DITAMBAH PULA DENGAN STATISTIK GRADUAN IPT MENGANGGUR YANG MENINGKAT SETIAP TAHUN, PROGRAM PERANTIS MATAQU INI IALAH SATU PELUANG YANG MESTI DIREBUT OLEH PARA HUFFAZ MAAHAD.

MELALUI PROGRAM PERANTIS INI JUGA, PARA HUFFAZ MATAQU BERPELUANG MEMASUKI ALAM PEKERJAAN TAHAP PROFESIONAL PADA USIA MUDA BELASAN TAHUN, JAUH LEBIH AWAL DARIPADA REMAJA/BELIA YANG MENYAMBUNG PENGAJIAN MEREKA KE INSTITUSI-INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SAMAADA DI DALAM ATAU LUAR NEGARA. SEMASA RAKAN SEBAYA MEREKA YANG KELUAR DARI IPT DAN BARU INGIN MEMASUKI ALAM PEKERJAAN, PARA HUFFAZ MATAQU YANG MEMASUKI PROGRAM PERANTIS INI SUDAH PUN MENIMBA PENGALAMAN BEKERJA BEBERAPA TAHUN, TELAH TERBINA BUDAYA KERJA PROFESSIONAL DAN PASTI LEBIH MATANG JIKA DIBUAT PERBANDINGAN SECARA MENYELURUH.

LAGI

PKPB BUKAN HALANGAN KHATAM AL QURAN

SEORANG LAGI PELAJAR BERJAYA KHATAM 30 JUZUK AL QURAN WALAUPUN TERPAKSA MEMBUAT PERSIAPAN HAFAZAN DI RUMAH DAN SEMAKAN HANYA TERHAD KEPADA SECARA ONLINE SEMASA TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB).

SHARIFAH NOR NABILAH BINTI SYED SYAHARUDDIN 18 TAHUN, BERJAYA KHATAM HAFAZAN AL QURAN 30 JUZUK PADA 11 DISEMBER. KEPUTUSANNYA MENANGGUHKAN SESI PEMBELAJARAN INTEGRASI PADA TAHUN LEPAS (2019) UNTUK MEMBERIKAN TUMPUAN KEPADA HAFAZAN SEPENUHNYA TELAH MEMBUAHKAN HASIL YANG DI KEHENDAKI. KEPUTUSAN TERSEBUT DIBUAT WALAUPUN BELIAU BERJAYA MEMPEROLEHI PANGKAT MUMTAZ (CEMERLANG) DALAM PEPEREKSAAN SIJIL MENENGAH UGAMA (SMU) YANG DIDUDUKI PADA TAHUN 2018. PADA PANDANGAN SHARIFAH NABILAH, OBJEKTIF MENGKHATAMKAN AL QURAN PERLU DIUTAMAKAN LEBIH DARIPADA PERSIAPAN UNTUK MENDUDUKI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM). PERMULAAN TAHUN 2020, KERANA SYARIFAH NABILAH CUMA BERBAKI 7 JUZ (JUZ 19 - JUZ 25) UNTUK MENGKHATAMKAN 30 JUZUK MAKA DIA DINASIHATI UNTUK KEMBALI KE SESI PENGAJIAN INTEGRASI BAGI MENYAMBUNG SEMULA PENGAJIAN AKADEMIKNYA.

PKP YANG DIISYTIHARKAN PADA 18 MAC DAN SEHINGGA 14 JULAI TELAH MENYEBABKAN SESI TAHFIZ DAN PERSEKOLAHAN TERPAKSA DILAKSANAKAN SECARA ONLINE DISELURUH NEGARA. WALAUPUN SESI PENGAJIAN DISAMBUNG SEMULA PADA 15 JULAI, IANYA BERJALAN DALAM SUASANA NORMA BARU. PENGAJIAN TERPAKSA DITANGGUHKAN KEMBALI PADA 14 OKTOBER APABILA KERAJAAN MENGISYTIHARKAN PKPB DAN MASIH LAGI BERJALAN SEHINGGA HARI INI.

SEMOGA KEJAYAAN SHARIFAH NOR NABILAH AKAN MENJADI INSPIRASI KEPADA SEMUA PELAJAR-PELAJAR LAIN DAN MENJADI BUKTI BAHAWA DEDIKASI DAN DISIPLIN MAMPU MEMBUAHKAN HASIL YANG DI KEHENDAKI WALAUPUN BERDEPAN DENGAN PELBAGAI KESUKARAN.

LAGI


ODIT ZAKAT CEMERLANG, TAULIAH AMIL DISAMBUNG

ALHAMDULILLAH MATAQU LULUS ODIT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DENGAN PUJIAN. KITA MEMPEROLEH MARKAH 85% DALAM PENILAIAN KRITERIA-KRITERIA TADBIR URUS ZAKAT YANG DI PERHATIKAN. INSYAALLAH TAULIAH SEBAGAI AMIL AKAN DISAMBUNG 2 TAHUN LAGI. TERUSLAH MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB MEMBAYAR ZAKAT ANDA MELALUI MATAQU.

LAGI

HARI KEMERDEKAAN KE-63 DISAMBUT MERIAH DALAM SUASANA NORMA BARU

MINGGU SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-63 & HARI MALAYSIA. TETAMU KEHORMAT ASP SHUKRI BIN SAMAH, KETUA UNIT BERMOTOSIKAL, BAHAGIAN PENCEGAHAN JENAYAH & KESELAMATAN KOMUNITI IBUPEJABAT POLIS DAERAH GOMBAK.

 

                

LAGI

Image News
Image News

Image Banner