:
Pengenalan
Share:


 

Pengenalan

Maahad Tahfiz Al-Quran Qasimul Ulum (MATAQU) adalah sebuah maahad tahfiz yang diintegrasikan dengan pendidikan diniah dan akademik. Ditubuhkan pada tahun 2000, MATAQU kini dinaungi dibawah unit pendidikan Yayasan Pendidikan Qasimul Ulum (YPQU) dan didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (NO. PENDAFTARAN JAIS: JAI.Sel BPI 03/05/083/02 Jld 1 (66)) dan Persatuan Institusi Al-Quran Negeri Selangor (No. Pendaftaran : 2007-001-061). MATAQU kini (20016) mempunyai seramai 175 orang pelajar dan 25 orang tenaga pengajar.

Sejarah Penubuhan

Madrasah Qasimul Ulum (MQU) telah diasaskan pada akhir tahun 1423 Hijrah bersamaan dengan tahun 2000 masehi oleh Tuan Haji Alauddin bin Ishak, sebagai sebuah madrasah integrasi tahfiz dan akademik. Nama Qasimul Ulum yang bermaksud "Pembahagi Ilmu" telah diberikan oleh penasihat pertama madrasah ini, Ustaz Muhammad Razif bin Abd. Wahab al-hafiz. Pada tahun 2012, pendaftaran dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah diluluskan dan MQU telah bertukar nama kepada Maahad Tahfiz Al-Quran Qasimul Ulum (MATAQU). Dari jumlah yang kecil pada peringkat awal yakni seramai 8 orang pelajar dan 2 orang guru, MATAQU kini telah berkembang dengan mempunyai lebih dari 180 orang pelajar dan 20 orang guru. Dari permulaan yang hanya diisi dengan pengajian peringkat awal persekolahan/tadika berbentuk sistem pembelajaran di rumah (home-schooling), kini kami menawarkan pengajian tahfiz integrasi sehingga ke peringkat menengah. Operasi maahad pada peringkat awal bermula dengan penyewaan sebuah unit lot kedai di Pusat Bandar Seri Gombak yang kemudiannya dipindahkan ke sebuah rumah lot tepi di fasa 5, Taman Seri Gombak. Pada tahun ketiga penubuhan, operasi telah dipindahkan diatas sebuah lot tanah yang dibeli dan diteroka di Tanah Gantian Sungai Tua. Pengajian masih tetap dijalankan didalam rumah-rumah yang telah dibina dan bagi menampung kekurangan bilik darjah, dua buah kontena telah dibeli bagi tujuan kegunaan kelas bagi pelajar-pelajar peringkat tadika. Pada awal tahun 2012, kerja-kerja pembinaan sebuah kompleks yang dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan untuk menambah-baikan suasana pembelajaran dan mempertingkatkan profesionalisma pengurusan telah dimulakan diatas lot yang telah diwaqafkan. Akhirnya setelah semua kerja-kerja binaan berjaya disiapkan, semua kelas-kelas pengajian dari tadika sehingga menengah, asrama pelajar peringkat menengah serta pejabat pentadbiran telah dipindahkan dan dipusatkan didalam kompleks ini pada bulan Januari 2015.

 

Sesi pengajiian juga telah berkembang dari peringkat tadika sehingga ke pengajian ulum tinggi. Pengajian di MATAQU bermula dari 7.30 pagi sehingga 5.30 petang. Sebelah pagi sesi pengajian tahfiz dan sebelah petang sesi pengajian diniah dan akademik.