TAQMA
- TAQMA merupakan singkatan bagi Tadika Al-Quran Madrasah Qasimul Ulum.
- Umur kemasukan bagi TAQMA adalah 5 tahun.
- Pengajian selama dua(2) tahun. Matapelajaran yang diajar adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Jawi, Matematik dan Fardhu Ain.
- Syarat untuk memasuki TAQMA adalah pelajar mesti mendapat markah 70% ke atas semasa sesi temuduga.
SERIMA
- SERIMA singkatan kepada Sekolah Rendah Islam Madrasah Qasimul Ulum.
- Pengajian di peringkat SERIMA memerlukan masa selama enam(6) tahun. Pelajar yang akan diterima masuk adalah berumur dari 7 hingga 12 tahun.
- Matapelajaran yang di ajar pada peringkat SERIMA adalah matapelajaran teras dalam peperiksaan UPSR dan keseluruhan matapelajaran dalam silibus pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS).
AQMA
- AQMA adalah singkatan bagi Akademik Al-Quran Madrasah Qasimul Ulum.
- Dibawah kategori sekolah menengah rendah dimana para pelajar berumur diantara 13 hingga 16 tahun. Pengajian diperingkat ini akan memakan masa selama 5 tahun.
- Matapelajaran yang digunapakai adalah dibawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK).
TASBIH
- TASBIH singkatan bagi Tahfiz Sains Beserta Ithbat Hafazan
- Program lanjutan setelah menamatkan pengajian AQMA dan berjaya lulus dalam peperiksaan SMU.
- Umur kemasukkan 17-19 tahun
- Pelajar mestilah sekurang-kurangnya telah menghafal 15 juzuk.
- Tempoh pengajian di antara 2-3 tahun.
- Pelajar-pelajar dipersiapkan untuk mengambil Sijil Pelajaran Malaysia di dalam jurusan Sains-Agama.
×