:
PILIHAN%20PENGAJIAN
Share:

 

Tadika Islam Qãsimul Ulum (TAQMA) 

  • Umur kemasukan adalah seawal 4 tahun.
  • Kelebihan program TAQMA, pelajar akan dapat menguasai pembacaan al Quran, boleh membaca dan menulis Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Jawi seawal 5 tahun dengan program intensif 3 bulan.
  • Matapelajaran lain yang diajar adalah Matematik, Sains, Bahasa Arab dan Asas Fardhu Ain.

 

Sekolah Rendah Islam Mataqu (SERIMA) 

  • Pelajar sudah mulai menghafaz seawal darjah 1 jika mereka adalah dari lepasan TAQMA.
  • Mereka juga berpeluang menduduki pepereksaan umum seperti UPKK, PSRA & UPSR (telah dimansuhkan KPM).
  • Beberapa kali muncul sekolah swasta terbaik peringkat daerah Gombak

 

Akademi Al Quran Mataqu (AQMA) 

  • Program ini adalah diperingkat menengah rendah (13-16 tahun) dan syarat memasukinya, pelajar hendaklah mencapai keputusan  cemerlang semasa di sekolah rendah.
  • Silibus yang diguna pakai adalah dari Yayasan Islam Kelantan (YIK).
  • Semua mata-pelajaran selain BM, BI dan Matematik (subjek tambahan) adalah di dalam medium Bahasa Arab dan teks yang digunakan tidak berbaris. Pelajar akan mahir membaca dan menulis dalam Bahasa Arab tanpa baris apabila menamatkan program ini.
  • Sejak tahun 2019 , maahad telah muncul sebagai sekolah terbaik swasta seluruh Malaysia dalam keputusan Sijil Menengah Ugama (SMU).
  • Target minima hafazan untuk berdaftar sebagai calun SMU ialah 10 juzuk.

 

Tahfiz SPM Berserta Ithbat Hafazan (TASBIH) 

  • Program ini adalah untuk yang telah menamatkan pengajian AQMA dengan hafazan terkumpul 20 juzuk atau HASMA (tamat menghafaz 30 juzuk)
  • Ditawarkan dua jurusan iaitu jurusan Sains Agama dan Agama Ikhtisas.
  • Tempoh minima program ini ialah selama 2 tahun dan pelajar-pelajar akan menduduki pepereksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Sejak program ini diujudkan, keputusan SPM yang dicapai adalah 100% kelulusan.

 

Hafazan Syãmil Mataqu (HASMA) 

  • Bagi pelajar-pelajar yang tidak berjaya memasuki program AQMA, mereka berpeluang memasuki program ini yang mensasarkan pelajar khatam 30 juz al Quran sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya.
  • Selain hafazan, mata-pelajaran asas seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Bahasa Arab dimasukkan didalam kurikulum program ini.

 

Akademi Shahadah Mataqu (ASMA) 

  • Bagi pelajar yang telah berjaya mengkhatamkan 30 juzuk, maka mereka berpeluang untuk mengukuhkan hafazan mereka dengan mengikuti program ini.
  • Program ini sangat penting jika pelajar ingin mewarisi gelaran 'al-hafiz(ah)'.
  • Selain ujian hafazan dalaman, pelajar juga akan menduduki ujian ithbat yang diiktiraf kerajaan negeri Selangor dibawah kelolaan Persatuan Institusi Tahfiz Selangor (PITAS).